Profil

Profil Koperasi 

          Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini dinamakan Koperasi Dana Ummah Perak Berhad. Ditubuhkan pada Disember 2009. Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah No.36A, Persiaran Halaman Ampang Mewah 6, Halaman Ampang Mewah, 31350 Ipoh Perak Darul Ridzuan.

Matlamat Penubuhan Koperasi

           Misi KODANA adalah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota mengikut prinsip Koperasi. Setakat ini, KODANA mempunya 65 orang ahli.

Aktiviti Koperasi

  1. mengadakan kursus, seminar, bengkel kepada anggota-anggota dan bukan anggota;
  2. membekal dan memasarkan barang-barangan keperluan anggota
  3. membekal input pertanian kepada anggota
  4. memasarkan hasil pertanian anggota
  5. menjalankan aktiviti perladangan
  6. menjalankan aktiviti berkaitan pelancongan
  7. Menjalankan aktiviti penternakan
  8. Menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan
  9. Membeli , menjual , memindahkan hak milik, mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih
  10. Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta
  11. Mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya
  12. Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain
  13. Mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung

Comments

Popular posts from this blog

Jualan Kurma Premium Medjoul di Perak

Jualan Sampul Duit Raya IKRAM 2018 : Malaysia Menuju Negara Rahmah